Popular Posts

Jumaat, 10 Oktober 2008

Kampung halaman mengamit kami disetiap lebaran tiba. Kepulangan anak-anak kedesa menguntum senyuman dibibir ayah bonda. Merenungi aliranmu sungaiku betapa indahnya. Sepupu kesayangan menikmati alam indah ciptaan Allah yang merangkul setiap tubuh kami dengan desiran bayunya, alunan suaramu yang mengalir perlahan membawa pergi segala kenangan diwaktu kecil kami.




Bersama sepupu-sepupu tersayang melihat kampung halaman yang semakin lama terasa kesunyiannya bila semuanya tak lagi memeriahkan kehidupan kampung.













Syikin, Asmah , Aisyah & Azreen pulang untuk bersamaku merayakan idul fitri. Silatulrahim yang terjalin semoga berkekalan keakhir hayat. Ikatan ini adalah warisan kita yang akan kekal abadi untuk selamanya.

Inilah sebahagian keluargaku yang merayakan idul fitri yang lepas. Terlerai rindu yang merangkai hati seketika.

Asmah sweet antara sepupu yang menjadi penawar segala kemuraman. Senyuman manis yang menyejuk hati sesiapapun jua.

Keriangan yang merangkul jiwa-jiwa muda.

Ukhuwah terpatri erat dihati-hati kami.
Senyuman kebahagiaan yang tulus.










Kemesraan terjalin indah mengamit sanubari untuk kembali lagi kesini kampungku.