Popular Posts
-
Graves speak Fatimah told that during r.a. death of the flesh was carried by four men, between: - 1. Ali bin Abi Talib (husband Fatimah ...
Isnin, 25 Ogos 2008
Sarang Burung Walit (Bird Nests)
Penuaian sarang burung Walit dari gua-gua secara komersial telah dijalankan sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil penuaian pertama adalah dari Cua Niah, Sarawak pada tahun 1878. Sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian sarang burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang.Burung Walit berada didalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan mereka ini tidak berupaya di tanah. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Saiz burung Walit adalah kecil. Yang terbesar panjangnya berukuran 13sm dan yang terkecil sekadar hanya 7.5sm. Burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan dimana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Mereka ini membiak di dalam gua atau di premis yang berkeadaan seakan gua. Mereka ini mengguna ekolokasi (echolocation) serupa dengan cara kelawar, untuk ter-bang (navigate) dalam keadaan gelap.Sarang burung berharga dan diteroka disebabkan ianya mengandungi sedikit sahaja bulu serta bahan yang tidak bofeh dimakan. Tuaian berjuta-juta dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada gua dan premis yang komersial.Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim dan habitat. Sarang burung Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tiada berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya Sarang BurungWalit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - http://gem.socialgo.com
Industri Sarang Burung Walet - http://gem.tl.my
Catat Ulasan